Mayat tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terbakar

KUALA KANGSAR: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi sungai di Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, Kuala Kangsar, petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 3.05 petang oleh orang awam sebelum anggota Unit Forensik serta Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digerakkan ke lokasi penemuan bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai mati dibunuh dan dibakar di lokasi sama.



“Daripada penelitian awal berdasarkan fizikal, mangsa dipercayai wanita berbangsa India. Bagaimanapun, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, mayat kemudiannnya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat memgenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias di talian 013-928 5436.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button