ACL: JDT hidupkan peluang, menang tipis 2-1



ACL: JDT hidupkan peluang, menang tipis 2-1

ACL: JDT hidupkan peluang, menang tipis 2-1
OSCAR ARRIBAS dikawal dua pertahanan Ulsan Hyundai Jung Seunghyun dan Lee Gyusung pada perlawanan Liga ACL Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. – Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Esteban Solari tampil dengan aksi lebih meyakinkan ketika berdepan kelab Korea Selatan berbanding aksi pertama sebelum ini.

Skuad Harimau Selatan membuka jaringan apabila Fernandes yang menerima umpanan Afiq Fazail melepaskan rembatan kencang menewaskan Hyeonwoo bagi meletakkan JDT di hadapan.



Ketika pasukan JDT tampak leka, Valeri Qazaishvili membuat umpanan cantik melepasi beberapa pemain Harimau Selatan yang disambut Ataru Esaka sebelum berjaya meletakkan bola ke gawang lawan pada minit ke-68.

Tindakan Solari membawa masuk Akhyar Rashid membawa tuah apabila sentuhan pertama pemain sayap itu berjaya menjelmakan gol kemenangan buat JDT pada minit ke-86. -KOSMO! ONLINE

ACL: JDT hidupkan peluang, menang tipis 2-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker