Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan, di era Muhyiddin, beliau membelanjakan RM500 juta hanya untuk tujuan promosi dan iklan.
Sebanyak RM700 juta telah dibelanjakan sejak 2020 hingga 2022 untuk promosi, iklan dan publisiti untuk kerajaan.
Berkongsi angka itu di parlimen semalam, Anwar memaklumkan lebih RM500 juta dibelanjakan semasa beliau menjadi perdana menteri.
Selebihnya dibelanjakan di era Ismail Sabri, namun beliau tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan itu.
“Ismail Sabri tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan”.
“Sebab itu pada 2023, saya tidak ada apa-apa peruntukan selain meneruskan kontrak yang dibuat semasa Ismail Sabri”.
“Jadi, RM700 juta, atau lebih kurang pada peringkat awal, RM300 juta setahun, itu pada saya melanggar peraturan dan tata kelola dan keterlaluan”.
“Oleh itu saya telah mengarahkan perbelanjaan mulai tahun depan”.
“Kerana tahun ini saya hanya mengambil kontrak sedia ada, meneruskan kontrak dipersetujui oleh Bera”.
“Bermakna tahun 2023 tiada peruntukan”.
“Untuk 2024, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan tidak meluluskan lebih daripada RM100 juta,” jelas Anwar.
Tegas Anwar, kerajaan tidak harus dibebankan dengan iklan dan publisiti tambahan untuk perdana menteri.
Ia boleh dilakukan menerusi program turun padang dan menerangkan isu dalam media massa.
Beliau berkata demikian di parlimen bagi menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) berkaitan perbelanjaan promosi, iklan dan publisiti kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022.
Satu lagi ketirisan dan pembaziran duit pembayar yang dilakukan oleh Muhyiddin telah terbongkar.
Sebelum ini PAC mendedahkan bagaimana RM505 juta dibazirkan oleh Muhyiddin dan Ismail Sabri akibat dari vaksin Covid 19 yang telah luput tarikh.
Kini Anwar mendedahkan sebanyak setengah bilion ringgit dibazirkan hanya untuk tujuan iklan dan promosi Muhyiddin.
Muhyiddin mesti tampil memberikan penjelasan dan dipertanggungjawabkan atas segala pembaziran dan ketirisan yang berlaku di era beliau.
Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas