Sumareh dapat ‘talian hayat’ pikat KPG
Sumareh dapat ‘talian hayat’ pikat KPG
KUALA LUMPUR – Keputusan pengendali negara, Kim Pan-gon kembali menyenaraikan Mohamadou Sumareh ke skuad kebangsaan beri ‘talian hayat’ buat pemain itu buru tempat ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan.
Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah merasakan Sumareh perlu memanfaatkan peluang keemasan itu sebaik mungkin.
“Macam Afiq Fazail kita sudah biasa tengok dia bermain dengan JDT (Johor Darul Ta’zim) dan kita sudah tahu kemampuannya. Buat Sumareh ia berbeza dan kita tahu dia sudah lama tidak beraksi bersama JDT mahupun pasukan kebangsaan, jadi bagi saya ini peluang keemasan untuknya.
“Semua pemain mahu berada dalam skuad Piala Asia, begitu juga dengan dia. Dia tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini dan kena guna sebaiknya peluang ini untuk dapatkan tempat,” katanya.
Selain Afiq dan Sumareh, senarai 25 pemain yang dipanggil ke latihan pusat kali ini turut disertai Syahmi Safari, Shahrul Saad dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Harimau Malaya kini dalam persiapan akhir untuk harungi aksi pertama Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Kyrgyzstan, 16 November ini sebelum terbang ke Taiwan untuk perlawanan kedua.
Untuk rekod, kali terakhir Sumareh disenaraikan dalam skuad kebangsaan adalah ketika Piala Raja Thailand di Chiang Mai, Thailand, September lalu. – KOSMO! ONLINE
Sumareh dapat ‘talian hayat’ pikat KPG
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas