Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan

Oleh – Bakhtiar Omar


Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan

Presiden Parti MUDA, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal bergelar banduan selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman atas tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU hari ini.



Ahli Parlimen Muar didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Oleh demikian, Syed Saddiq dijatuhi hukuman yang ditetapkan Mahkamah.

Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan

Bagi tuduhan pertama, dia dituduh bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana sayap parti itu berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana terbabit di CIMB Bank Berhad di Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, dia yang kini Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.
Syed Saddiq turut didakwa dengan dua tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing berjumlah RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. – Fakta Kes Syed Saddiq

Walaupun beliau layak untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, adalah lebih berprinsip sekiranya Syed Saddiq meletakkan semua jawatan politik beliau sehingga dibuktikan tidak bersalah menerusi proses Mahkamah.



Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan

Syed Saddiq sebelum ini pernah membuat kenyataan beliau dikenakan pendakwaan kerana tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kini, tiba masanya Syed Saddiq membuktikan beliau benar-benar berpegang kepada prinsip politik yang seringkali dilaungkannya.

Mungkin hukuman denda RM10 juta tidak memberi masalah kepada Syed Saddiq memandangkan beliau cukup mudah mendapat tajaan dari individu tertentu.



Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan

Cuma hukuman penjara 7 tahun dan 2 sebatan akan meninggalkan kesan mendalam buat Syed Saddiq.

Ingatan ikhlas kepada Syed Saddiq “Sabun jatuh jangan kutip ye deq”.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button