4 tentera hilang, pesawat terhempas di perairan Queensland
4 tentera hilang, pesawat terhempas di perairan Queensland
Sydney: Misi mencari anggota tentera Australia yang hilang selepas helikopter yang dinaiki terhempas di perairan Queensland diteruskan hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Empat anggota hilang selepas helikopter MRH-90 Taipan karam di perairan berhampiran Pulau Hamilton ketika menyertai latihan ketenteraan pada Jumaat, kata menteri untuk petugas pertahanan, Matt Keogh.
“Misi mencari sedang berjalan melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Australia dan rakan-rakan kami dari Angkatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), serta perkhidmatan kecemasan Queensland.
“Misi mencari itu dijalankan dalam persekitaran yang mencabar. Kami telah menjumpai sebahagian serpihan pesawat yang sedikit sebanyak akan membantu misi mencari kami,” kata Keogh.
Keogh berkata, kira-kira 50 helikopter MRH-90 telah direhatkan dan tidak beroperasi buat sementara waktu.
Beliau berkata, helikopter itu dijadualkan menamatkan operasinya pada akhir tahun depan, namun, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi kerana siasatan masih berjalan.
Helikopter itu menyertai Latihan Talisman Sabre, melibatkan hampir 30,000 kakitangan dari 13 negara, termasuk Jerman, AS dan Perancis.
Latihan dihentikan selepas kejadian itu, tetapi disambung semula pada Sabtu, kecuali aktiviti khas di Whitsundays masih ditangguhkan.
4 tentera hilang, pesawat terhempas di perairan Queensland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Guna nama “Bossku” untuk gaduhkan UMNO sudah gagal, apa seterus nya?
- Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
- Nizar Najib ingatkan ‘penunggang’ usah guna nama Najib Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :