Biar anak mati kelaparan, lelaki dipenjara lebih 56 tahun

Biar anak mati kelaparan, lelaki dipenjara lebih 56 tahun

Biar anak mati kelaparan, lelaki dipenjara lebih 56 tahun
GAMBAR Hiasan.

Washington: Kerana mabuk dan menyebabkan anaknya berusia dua tahun mati kelaparan, seorang lelaki dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 56 tahun dan 11 bulan.

Jeffrey J James Exon, 47, dijatuhi hukuman itu Jumaat lalu, selepas dituduh membahayakan kanak-kanak secara melampau, pembunuhan tahap pertama dan kedua anak perempuannya bernama Aurora.

Hukuman penjara itu paling maksimum yang boleh dikenakan atas pertuduhan berkenaan, menurut Topeka Capital-Journal yang dilapor The Independent.



Ketika perbicaraan kes awal tahun ini, pendakwa raya berkata, Aurora dan abangnya, Teddy yang berusia empat tahun ditemui di rumah Exon pada 5 Januari 2021, selepas Exon menghubungi 911, melaporkan anak perempuannya tidak bernafas.

Dia kemudian memberitahu pihak berkuasa yang kanak-kanak malang itu ‘berlapar sendiri’ namun, Teddy kemudian berkata penyiasat yang dia dan adiknya dikurung di dalam bilik selama berhari-hari tanpa makanan, sementara Exon ‘tidur’.

Badan Aurora sejuk ketika pihak berkuasa tiba di rumah itu dan kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima botol minuman ditemui di bilik tidur Exon.



Pendakwa raya berhujah yang lelaki itu tidak memberi anaknya makan kerana masalah ketagihan dihadapinya.

Punca kematian Aurora dikenal pasti sebagai masalah kekurangan zat makanan dikenali marasmus.

Anak lelaki Exon yang turut memberi keterangan di mahkamah memberitahu, bapanya pengsan berhari-hari menjelang kematian Aurora.

Biar anak mati kelaparan, lelaki dipenjara lebih 56 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading