Kereta rempuh lori sampah, 3 bersaudara rentung selepas hantar juadah Deepavali
Kereta rempuh lori sampah, 3 bersaudara rentung selepas hantar juadah Deepavali
IPOH: Tiga bersaudara yang rentung dalam kemalangan membabitkan kereta dinaiki dengan lori sampah Jalan Bercham malam tadi dalam perjalanan selepas menghantar juadah sempena Deepavali ke rumah nenek.
Bapa mangsa, M Manimaran, 50, berkata dua anaknya M Krishna, 20, dan M Pavilesh, 16, diminta oleh isterinya menghantar makanan kepada ibunya di Taman Perpaduan, Tambun di sini petang semalam.
Katanya yang tinggal di Taman Chempaka di sini, sudah menjadi kelaziman sewaktu cuti bagi anak sulung dan ketiganya itu menghantar juadah kepada nenek mereka berusia 70-an yang tinggal berseorangan.
“Saya tak pasti selepas menghantar hidangan itu mereka ke mana sebab dalam jam 6 petang saya menghubungi salah seorang mereka dan memberitahu mereka mahu ke rumah kawan.
“Saya juga tak pasti bila mereka jemput sepupu mereka yang tinggal di Pangsapuri Bercham itu,” katanya ditemui di Perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam
- Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti
Selain Krishna dan Pavilesh, turut rentung dalam nahas kira-kira jam 8 malam itu adalah sepupu mereka, N K Subash Varman, 16.
Kata Manimaran, dia mula risau selepas gagal menghubungi anaknya apabila hari sudah lewat petang.
“Sangat jarang mereka tidak menjawab panggilan telefon. Oleh kerana bimbang, saya ke balai polis untuk bertanya jika ada sebarang maklumat berkaitan anak saya. Namun saya diminta pulang dahulu memandangkan kehilangan mereka belum sampai 24 jam.
“Kira-kira 15 minit selepas sampai di rumah, kira-kira jam 10 malam polis datang ke rumah memberitahu tentang kejadian itu berdasarkan nombor pendaftaran kereta Proton Perdana milik saya selain kad pengenalan Pavilesh yang tidak musnah dalam kejadian itu,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu bapa kepada Subash Varman, L Nantha Kumar, 41, berkata pemergian anak sulungnya itu memberi tamparan besar kepadanya dan isteri, Nirmala Devi, 38.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dinaiki tiga bersaudara itu dari arah Tanjung Rambutan hilang kawalan lalu bertembung dengan lori sampah ketika melalui selekoh.
Katanya, akibat pelanggaran itu kereta terbabit tersepit di bawah lori sampah lalu terbakar dengan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta rempuh lori sampah, 3 bersaudara rentung selepas hantar juadah Deepavali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :