Pejuang cabar tindakan Menteri Dalam Negeri, RoS berhubung pendaftaran parti


Datuk Amiruddin Hamzah

01/03/2021 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hari ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang masih belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.



Dalam permohonan itu, Amiruddin memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap surat rayuan parti Pejuang pada 8 Jan lepas berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua telah melanggar kewajiban statutorinya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

eliau juga memohon deklarasi bahawa pelanggaran kewajiban statutori responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan parti Pejuang itu berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua adalah tidak munasabah, berniat jahat, satu bentuk percubaan tidak wajar untuk menafikan hak keperlembagaan pemohon untuk berpersatuan dan bertanding dalam pilihan raya umum menggunakan logonya sendiri.

Turut dimohon suatu perintah mandamus agar responden pertama memberikan keputusan terhadap rayuan tersebut di bawah Seksyen 18 (b) Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman ini dan mengarahkan responden kedua untuk memuktamadkan pendaftaran parti itu dalam tempoh yang sama.

Media pada 2 Feb lalu melaporkan Pejuang yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu setelah permohonan mereka ditolak.



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan pendaftaran Pejuang ditolak pada 6 Jan lepas berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 dan parti itu boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan.

Pejuang kemuka rayuan berhubung pendaftaran kepada Menteri Dalam Negeri esok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button