Analogi Mudah Dan Persoalan Asas Hubungan A&W
Analogi Mudah Dan Persoalan Asas Hubungan A&W
Rakaman video perbualan hubungan intim antara Ketua Pengarah JKOM, Mohammad Agus dan penolong pegawai JKOM, Abdul Wahab, tular di media sosial.
Ada pihak yang yakin dengan ketulenan rakaman video tersebut.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan ketulenan rakaman video tersebut dan mendakwa ianya dibuat dengan teknologi Artificial intelligence (AI).
Penulis tidak mahu mengupas sama video tersebut tulen atau sudah diedit menggunakan teknologi AI.
Apa yang penulis mahu ulas adalah kenyataan yang dibuat oleh Agus dan Wahab dalam sidang media yang dibuat pada Jumaat lepas.
Sebagaimana yang diakui oleh Wahab, beliau baru diterima bekerja sebagai penolong pegawai di JKOM pada 1 November 2023.
Ada 2 perkara yang perlu diperhatikan dalam pengakuan Wahab tersebut.
Pertama, beliau adalah kakitangan kumpulan sokongan (perkeranian) yang baru bekerja tidak sampai 2 minggu di JKOM.
Agus pula sebagaimana yang kita ketahui, sebelum ini adalah Ketua Pengarah JKOM, jawatan tertinggi di dalam JKOM.
Persoalannya, bagaimana seorang kerani boleh mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ketua Pengarah, yang merupakan bos besar di JKOM.
Sedangkan Wahab adalah kakitangan biasa berjawatan kerani dan baru diterima bekerja di JKOM.
JKOM bukanlah organisasi kecil.
Di dalam hierarki JKOM, seorang Ketua Pengarah mempunyai 2 orang Penolong Ketua Pengarah, 14 orang Pengarah yang masing-masing mempunyai Penolong Pengarah.
Di bawah Penolong Pengarah, sudah pasti ada beberapa orang pegawai dan di bawah pegawai barulah tiba ke jawatan Wahab, perkeranian.
Agak pelik seorang kerani boleh mempunyai hubungan mesra hingga boleh bersembang santai dengan Ketua Pengarah.
Analogi mudah adalah ibarat seorang prebet askar yang baru habis rekrut, tiba-tiba boleh bersembang santai dengan panglima 4 bintang.
Pelik, tapi benar.
Tidak mungkin berlaku dalam mana-mana organisasi lain, tetapi berlaku di JKOM, itu pun kalau apa yang dikatakan adalah benar.
Hendak tahu kebenaran, tanya sama itu hud-hud.
Analogi Mudah Dan Persoalan Asas Hubungan A&W
Temui Kami:
- Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin
- Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX
- Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka