2 lelaki Indonesia naik bot secara haram untuk masuk Singapura

2 lelaki Indonesia naik bot secara haram untuk masuk Singapura

2 lelaki Indonesia naik bot secara haram untuk masuk Singapura
BOT yang digunakan oleh dua lelaki itu untuk memasuki Singapura. FOTO Polis Singapura

The Straits Times melaporkan, polis berkata sebuah bot yang tidak dikenali bergerak pantas menuju ke persisiran Jalan Pantai Tanah Merah dikesan pada 11.58 malam oleh sistem pengawasan Pengawal Pantai.

Bot itu mengelak alat halangan laut terapung yang ditempatkan di pintu masuk Terusan Tanah Merah sebelum ia mendarat di pantai berhampiran.

Pegawai dari Polis Pengawal Pantai (PCG), Bahagian Polis Bedok, Kontinjen Gurkha dan Komando Gerakan Khas terbabit dalam operasi itu.



Lelaki warga Indonesia yang berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan dalam tempoh tujuh jam selepas bot itu dikesan dan mereka didakwa ditemukan tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah. Bot mereka turut dirampas.

Kedua-dua lelaki itu akan didakwa pada pada hari ini kerana memasuki Singapura secara tidak sah.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan dan boleh dikenakan sekurang-kurangnya tiga sebatan.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes itu.



2 lelaki Indonesia naik bot secara haram untuk masuk Singapura

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button