Zahid Akan Berundur Dan Di Gantikan Hishamuddin Hussien?
Zahid Akan Berundur Dan Di Gantikan Hishamuddin Hussien?
Pelik dan juga tidak benar.
Tapi itulah spin terbaru Raja Fitnah yang kini hidup dalam pelarian di Manchester, Raja Petra Kamaruddin (RPK), cuba lakukan.
Dalam ciapan yang RPK buat dalam akaun X, beliau memberitahu kononnya mendapat satu berita dari Putrajaya yang belum dapat dipastikan kesahihannya.
Kononnya Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, DS Zahid Hamid akan berundur atas masalah kesihatan.
Dakwa RPK lagi, kononnya tempat DS Zahid akan digantikan oleh Hishamuddin Hussien…😂😂😂
Susah untuk penulis hadamkan, dari mana RPK boleh dapat idea untuk membuat fitnah yang langsung tidak berasas.
Kita akui, DS Zahid kini ada masalah kesihatan dan beliau baharu selesai menjalani pembedahan kerana kanser prostat.
Dan khabar angin yang mengatakan beliau akan bersara sudah lama kedengaran, selepas menjalani pembedahan mata.
Tetapi DS Zahid bukanlah pemimpin yang mudah mengalah pada apa juga masalah.
Selagi beliau mampu, beliau akan teruskan perjuangan untuk agama, bangsa, negara dan parti.
Namun, sekiranya beliau memilih untuk berundur atas masalah kesihatan, penulis pasti pemimpin dan akar umbi UMNO memahaminya.
Kepimpinan UMNO Mempunyai Hierarki Yang Mesti Di Hormati
Cuma dakwaan yang langsung tidak berasas dari RPK adalah Hishamuddin Hussien akan memangku jawatan Presiden UMNO.
Sebagaimana yang kita semua ketahui, keahlian Hishamuddin kini sedang digantung selama 6 tahun.
Mana mungkin seorang yang digantung keahliannya boleh memangku jawatan tertinggi parti.
Adakah RPK lupa, UMNO adalah sebuah organisasi yang tersusun dan mempunyai hierarki dalam turutan kepimpinan parti di setiap peringkat.
Sekiranya DS Zahid berundur, mengikut hierarki parti, jawatan tersebut akan dipangku oleh Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan.
Kalau pun Mohamad Hassan menolak, UMNO masih lagi ada 3 orang Naib Presiden.
Paling penting, keputusan untuk melantik Pemangku Presiden bukanlah keputusan yang boleh dibuat oleh individu.
Ianya mesti mendapat persetujuan ahli Majlis Kerta Tertinggi UMNO.
Sudah sudahlah menjadi macai yang menabur fitnah hanya kerana sedikit upah.
Umur kita semakin hari semakin tua dan ini bermakna ajal kita semakin hari semakin dekat.
Zahid Akan Berundur Dan Di Gantikan Hishamuddin Hussien?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah
- Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?
- Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura