Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik

Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik

Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang bakal menaiki takhta sebagai SPB YDP Agong ke 17 memberikan amaran keras kepada ahli politik.

“Kepentingan 33 juta rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya dan bukannya 222 ahli parlimen,” titah baginda.

Mesej yang keras ini diberikan kepada ahli politik yang selama ini dilihat sibuk berebut kuasa dan dalam masa yang sama mengabaikan rakyat.



Baginda juga bertitah pelantikan baginda sebagai YDP Agong Ke-17 bukanlah satu kenaikan pangkat.

Tetapi ianya adalah tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara.

“Saya merasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus”.

“Virus yang pernah saya sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan”.



“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik”.

“Mereka sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri”.

“Sehubungan itu saya menitahkan dan menyeru semua pemimpin bertolak ansur”.

“Hormat menghormati di antara satu sama lain untuk meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat,” titah baginda lagi.



Baginda bertitah dalam Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru.

Sebelum itu pada 3 November 2016, Sultan Ibrahim pernah menzahirkan kebimbangan baginda mengenai perpecahan yang berlaku.

“Ingin saya ingatkan mengenai satu penyakit sedang datang ke Johor”.

“Akibat sejenis virus yang amat merbahaya, lebih teruk daripada Zika kerana tiada penawarnya”.



“Virus yang saya maksudkan adalah virus perpecahan,” titah baginda ketika itu.

Baginda Sultan Johor memang terkenal dengan sikap baginda yang tegas dan ‘no nonsense’ tetapi sangat prihatin dengan nasib rakyat.

Dengan amaran yang baginda berikan, diharapkan tidak ada lagi usaha menebuk atap.

Kepada ahli parlimen, gunakan mandat yang rakyat berikan dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.



Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button