Fasa akhir selamatkan 41 buruh terperangkap dalam terowong

Fasa akhir selamatkan 41 buruh terperangkap dalam terowong

Fasa akhir selamatkan 41 buruh terperangkap dalam terowong
ANGGOTA penyelamat berkumpul di pintu masuk terowong yang runtuh dan menyebabkan 41 pekerja binaan terperangkap sejak dua minggu lalu. FOTO AFP.

New Delhi: Operasi menyelamatkan 41 pekerja binaan yang terperangkap hampir dua minggu dalam terowong lebuh raya yang runtuh di utara India, sudah memasuki fasa akhir, kata pihak berkuasa.

Ketua Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDRF), Atul Karwal memberitahu pemberita semalam bahawa operasi itu sebelum ini tertangguh disebabkan mesin gerudi rosak.

“Mesin gerudi itu sudah beroperasi semula dengan lancar, jadi kami berharap ia akan selesai lebih awal. Kita sepatutnya dapat menyelamatkan mereka,” kata Karwal dilapor Al Jazeera.



Sehingga petang Khamis, kira-kira 12 meter penggerudian tambahan masih berbaki sebelum laluan dapat digunakan penyelamat.

Dalam lawatan Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami di tapak kejadian, diumumkan cadangan untuk memasukkan paip bersama pasukan keselamatan sebagai laluan buat membebaskan pekerja terperangkap.

“Pasukan NDRF akan merangkak ke dalam terowong dan membawa keluar pekerja satu persatu, kemungkinan besar dengan pengusung beroda,” kata Karwal.

Menurutnya, roda diletakkan pada pengusung itu untuk memudahkan ia dibawa masuk dan mengeluarkan pekerja seorang demi seorang.



Katanya, pihaknya sudah melakukan persiapan sepenuhnya dari semua segi.

Pihak berkuasa berkata, semua pekerja itu selamat dan mempunyai akses kepada cahaya, oksigen, makanan dan minuman.

Ambulans juga diletakkan di luar tapak runtuhan untuk membawa mereka segera ke hospital sebaik keluar dari terowong.

Semua pekerja itu terperangkap dalam terowong di pergunungan Uttarakhand sejak 12 November apabila berlaku tanah runtuh di satu daripada seksyen 4.5 kilometer terowong berkenaan, kira-kira 200 meter dari pintu masuk.



Usaha menyelamat pekerja itu dihentikan beberapa kali berikutan peralatan yang rosak selain kebimbangan untuk menggali laluan disebabkan kerapuhan geologi kawasan itu.

 

Fasa akhir selamatkan 41 buruh terperangkap dalam terowong

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zahid Selamat Jalani Pembedahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button