Juruterbang cuai, penerjun ‘hilang kepala’

Juruterbang cuai, penerjun ‘hilang kepala’

Juruterbang cuai, penerjun 'hilang kepala'
Seorang juruterbang Perancis didapati bersalah pada Selasa lalu, atas kesalahan pembunuhan tanpa niat kerana menyebabkan seorang penerjun payung putus kepala terkena sayap pesawat pada Julai 2018. – Foto hiasan

PARIS: Kecuaian seorang juruterbang Perancis membawa padah apabila dia diharamkan untuk menyertai mana-mana penerbangan selepas mengakibatkan kepala seorang penerjun udara terpotong kerana terkena sayap pesawat.

Portal BBC melaporkan, mangsa, Nicolas Galy, 40, terbabit nahas itu beberapa saat selepas terjun dari sebuah pesawat pada Julai 2018.

Juruterbang yang tidak dinamakan itu didapati bersalah pada Selasa lalu, atas kesalahan pembunuhan tanpa niat.



Berikutan itu, juruterbang berkenaan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Montauban.

Persatuan Sekolah Skydiving Midi-Pyrénées, yang juga majikan kepada juruterbang itu didenda 20,000 euro (kira-kira RM102,222) atas kesalahan berkenaan.

Menurut akhbar Le Parisien, selepas mangsa membuat terjunan, pesawat itu mula terbang rendah ke arah landasan.

Sebelum penerjun udara itu melompat keluar dari pesawat, tiada perbincangan mengenai trajektori yang akan dilalui pesawat.



Memetik fakta perbicaraan pada 19 September lalu, peguam bela mangsa, Emmanuelle Franck, kesal apabila mendapati banyak kelalaian atau kecuaian.

Juruterbang cuai, penerjun ‘hilang kepala’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading