Pesara maut nahas selepas tinggal pesanan mengenai kematian

Pesara maut nahas selepas tinggal pesanan mengenai kematian

Pesara maut nahas selepas tinggal pesanan mengenai kematian
Kamil Hilmi Zainallah menunjukkan pesanan terakhir melalui aplikasi Whatsapp dalam kumpulan keluarga tentang kematian. NSTP/Amir Hamzah Nordin

JERANTUT: Seorang pesara kerajaan meninggal dunia akibat nahas selepas beberapa jam bertemu rakannya sambil menelaah bersama kitab termasuk bab kematian.

Pesara, Zainallah Abdullah, 74, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabit nahas dengan sebuah lori di Persimpangan Batu Embun, berdekatan loji air di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Rakannya, Wan Ahmad Sulung, 72, berkata arwah datang ke rumahnya di Bukit Rang dekat sini, pada jam 9.30 pagi tadi sambil membawa juadah untuk dinikmati bersama.



“Kami mengulang kaji bacaan Al-Quran dan kitab agama mulai jam 9.30 pagi sehingga 11 pagi sebelum beliau balik ke rumahnya di Sungai Jan, bandar Jerantut.

Wan Ahmad berkata, malam tadi arwah dilihatnya sangat gembira dan sempat membuat panggilan video berbual dengannya ketika berada di surau Sungai Badak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini




“Saya sangat terkejut menerima berita kematian itu selepas beberapa jam beliau menziarahi saya di rumah,” katanya.

Sementara itu, anak mangsa, Kamil Himi berkata, arwah bapanya sering menitip pesanan kepada adik-beradiknya supaya sentiasa menjaga solat.

“Tidak sangka beberapa hari sebelum menemui ajal, abah sering menghantar nasihat dan pesanan melalui WhatsApp berkaitan dengan kematian.

“Tidak sangka hantarannya menyatakan “Dunia tempat ujian, akhirat tempat balasan, kubur tempat soalan, syurga tempat beriman dan neraka tempat sesalan adalah salah satu pesanan terakhir dalam kumpulan WhatsApp keluarga kami,” katanya.



Kamil Hilmi berkata, selepas selesai solat Zohor tengah hari tadi, arwah bapa bersama ibunya, Rafeah @ Ramlah Abd Manaf, 71, disertai dua anak saudara menghala ke Kampung Teh.

“Ketika ini, emak saya masih dalam rawatan di wad kecemasan Hospital Jerantut termasuk anak saudara yang mengalami kecederaan ringan akibat nahas itu,” katanya.

Pesara maut nahas selepas tinggal pesanan mengenai kematian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button