Dijemput ajal ketika bermain badminton

Dijemput ajal ketika bermain badminton

Dijemput ajal ketika bermain badminton
Dijemput ajal ketika bermain badminton

MIRI: Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain badminton di Kompleks Sukan Piasau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.06 malam.

“Lelaki tempatan berusia lingkungan 51 tahun rebah ketika bermain badminton bersama rakan-rakan.



“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang kecederaan dijumpai tubuh badan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata, Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Miri mengesahkan mangsa telah meninggal di tempat kejadian.

“Susulan laporan polis itu, satu kertas siasatan kematian mengejut telah dibuka bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana



ia akan mengganggu siasatan,” katanya.

 

Dijemput ajal ketika bermain badminton

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zahid Selamat Jalani Pembedahan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading