Wanita kena dakwa gagal kemuka penyata pendapatan LHDN

Wanita kena dakwa gagal kemuka penyata pendapatan LHDN

Wanita kena dakwa gagal kemuka penyata pendapatan LHDN
Noorzadila Saman hadir di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. – NSTP/AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Seorang wanita pemilik syarikat jualan dan penyelenggaraan penapis air didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas dua pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tempoh 2017 hingga 2021 membabitkan cukai RM83,504.

Bagi pertuduhan pertama, Noorzadila Saman, 38, didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi 2017 dan 2018 pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai RM248,392.

Dia juga menghadapi pertuduhan sama gagal mengemukakan penyata pendapatan untuk tiga tahun berikutnya, iaitu 2019, 2020 dan 2021 yang membabitkan pendapatan bercukai RM367,839.



Noorzadila yang didakwa di hadapan Majistret Noorhafizah Ishak mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dikenakan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda antara RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa LHDN, Hood Ismail dan Muhammad Afiq Ahmad Tajuddin, manakala wanita itu diwakili peguam, Asmawi Ismail.

Mahkamah menetapkan 29 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.



Wanita kena dakwa gagal kemuka penyata pendapatan LHDN

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button