Kes gangguan seksual, polis rampas telefon bimbit pegawai kanan Maritim Malaysia

Kes gangguan seksual, polis rampas telefon bimbit pegawai kanan Maritim Malaysia

Kes gangguan seksual, polis rampas telefon bimbit pegawai kanan Maritim Malaysia
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil tiga individu termasuk pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual didakwa dilakukan terhadap seorang wanita berusia 39 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kes kini di peringkat akhir siasatan dengan polis sudah memanggil suspek untuk dirakam percakapan, selain mangsa dan pegawai khas pegawai kanan itu.

Katanya, proses rakaman percakapan suspek dibuat pada jam 2.30 hingga 4 petang semalam dan polis merampas telefon bimbit milik lelaki itu yang dipercayai digunakan dalam jenayah berkenaan.



Beliau menjelaskan, dalam laporannya, wanita terbabit mendakwa diganggu secara seksual berulang kali melalui aplikasi WhatsApp oleh pegawai kanan terbabit terbabit.

“Keterangan pegawai khas suspek diambil untuk mengesahkan jika ada pertemuan di antara mangsa dengan suspek. Beberapa lagi saksi dijangka dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini




“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 509, Seksyen 507A dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang di Bukit Aman, di sini hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan, pegawai kanan berkenaan akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual seperti yang tular di media sosial.

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia dalam satu kenyataan, menjelaskan isu berkenaan yang turut mengaitkan nama keluarga pegawai kanan terbabit, adalah bersifat peribadi dengan motif tertentu.

Terdahulu, tular laporan polis dipercayai dibuat seorang wanita yang juga perunding kewangan, mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu dengan perkongsian video dan perbualan lucah.



Mangsa mendakwa mereka bertemu di pejabat suspek untuk berbincang mengenai peluang pelaburan kewangan, namun selepas itu dia terus dihubungi lelaki berkenaan yang turut didakwa cuba mengajaknya ke hotel, selain menghantar video berunsur lucah.

Kes gangguan seksual, polis rampas telefon bimbit pegawai kanan Maritim Malaysia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading