Pecco mahu pertahan gelaran dunia
Pecco mahu pertahan gelaran dunia
VALENCIA – Pelumba utama Ducati, Francesco Bagnaia meletakkan harapan tinggi untuk mengikuti jejak jaguh legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam usaha mengekalkan gelaran dunia pada perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Valencia malam esok.
Sejak saingan MotoGP diperkenalkan pada 2002, hanya dua pelumba yang pernah mempertahankan gelaran dunia iaitu Valentino Rossi ketika mewakili pasukan Yamaha dan Marc Marquez sewaktu bersama Repsol Honda.
Kini, Bagnaia memiliki peluang untuk mencatat sejarah baharu buat pasukannya andai berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang diraih pada tahun lalu selepas bergelar pendahulu dengan perbezaan 21 mata.
Pelumba yang mesra dengan gelaran Pecco itu berkata, prestasinya pada saingan musim ini masih lagi seimbang dengan apa yang dipamerkan tahun lalu dan berharap tuah dapat membantunya dalam usaha bergelar juara dunia nanti.
“Secara keseluruhan, kutipan mata saya hanya berbeza dua mata berbanding yang dicatatkan pada tahun lalu ketika berbaki satu perlumbaan. Kini, saya hanya mengharapkan 12 mata lagi daripada 37 mata keseluruhan pada GP Valencia kali ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah
- Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM
“Sudah tentu saya yakin dengan keupayaan dalam usaha mengekalkan kejuaraan dunia musim ini kerana ini adalah salah satu litar kegemaran saya selain cukup sesuai dengan jentera Ducati.
“Saya akan berikan yang terbaik tidak kira perlumbaan sebenar atau sprint kerana sudah menjadi impian saya untuk mengikuti jejak langkah Rossi dan Marquez selaku pelumba yang mampu mempertahankan gelaran dunia sebelum ini,” katanya. – AGENSI
Pecco mahu pertahan gelaran dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :