Peluang Ramsdale buktikan status No.1
Peluang Ramsdale buktikan status No.1
LONDON – Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale kini mendapat peluang yang dinanti-nantikan untuk membuktikan statusnya sebagai pilihan utama apabila menentang Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.
Ramsdale, 25, akan kembali mengawal gawang The Gunners untuk aksi di Stadium Komuniti Gtech itu kerana David Raya tidak dibenarkan bermain menentang kelab asalnya berdasarkan perjanjian pinjaman antara kedua-dua pasukan.
Ia bakal menjadi penampilan pertama penjaga gol England itu daripada 12 aksi terakhir Arsenal dalam kempen EPL dan Liga Juara-Juara musim ini sejak 3 September lalu ketika menentang Manchester United.
Situasi itu membuka peluang buatnya untuk membuktikan pengurusnya, Mikel Arteta membuat keputusan salah merehatkannya dan lebih mempercayai Raya walaupun penjaga gol Sepanyol tersebut sering membuat kesilapan mudah.
Bekas penjaga gol yang juga legenda Arsenal, David Seaman merasakan Ramsdale terlalu bagus untuk menjadi pilihan kedua di belakang Raya yang bakal berhijrah secara tetap ke Arsenal musim depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah
- Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM
“Jika Aaron diturunkan hujung minggu ini, tak mustahil dia akan diketepikan untuk perlawanan seterusnya. Barulah kita tahu siapa sebenarnya penjaga gol nombor satu pilihan Arteta.
“Seperti semua orang pernah beritahu, ia tidak bagus buat Ramsdale. Tidak diragui bahawa dia seorang penjaga gol kelas handalan dan terlalu bagus untuk menjadi No. 2 dengan kelab besar seperti Arsenal,” kata Seaman.
Sebagai rekod, Ramsdale pernah diberikan tanggungjawab mengemudi gawang Arsenal ketika menewaskan Brentford 1-0 sewaktu pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) di laman lawan pada 27 September lalu. –AGENSI
Peluang Ramsdale buktikan status No.1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :