Sirul Masih Mahu Libatkan Najib Dalam Pembunuhan Altantuya?

Sirul Masih Mahu Libatkan Najib Dalam Pembunuhan Altantuya

Sirul Masih Mahu Libatkan Najib Dalam Pembunuhan Altantuya?

 

Selepas sembilan tahun dalam tahanan, Sirul Azhar Umar akhirnya dibebaskan awal bulan ini dan kini tinggal bersama keluarganya di Canberra.

Namun Sirul tetap mengunci mulut mengenai misteri kematian Altantuya Shaariibuu.



Beliau juga masih enggan memberitahu siapa yang mengarahkan pembunuhan wanita warga Mongolia berkenaan.

“Selama bertahun-tahun, orang di negara saya menunggu tentang siapa yang memberi arahan”.

“Tetapi sehingga kini, saya tidak boleh beritahu,” katanya dalam program wawancara 101 East di Al-Jazeera.

Sirul juga tidak menyatakan mengapa dia tidak dapat mendedahkan identiti dalang pembunuhan yang dikatakan.



Ironiknya, dalam masa yang sama beliau mendakwa menerima arahan pagawai atasannya, Azilah Hadri untuk menjalankan operasi khas untuk DS Najib.

Sirul juga mendedahkan bahawa dia telah dibayar untuk berdiam diri sebelum ini.

Dia juga berkata walaupun selamat di negara orang, masih terdapat usaha untuk mengawal dirinya.

“Sehingga kini, ada seseorang mengawal saya”.



“Umar, awak jangan bercakap”.

“Awak diam”.

“Ini Australia”.

“Sesiapa sahaja boleh bercakap, bukan?”.



“Jadi, saya mengambil pendirian, saya bercakap perkara yang benar”.

“Kerana saya ingin mendedahkan dan kemudian beritahu kebenaran sekarang”.

“Saya mahu membina kehidupan baru di Australia”.

“Saya tidak mahu bercakap bohong di sini”.



“Sejujurnya, saya akan beritahu anda secara khusus untuk melindungi bekas perdana menteri pada masa itu, Najib,” dakwa Sirul.

Kita menghormati niat Sirul untuk memulakan hidup baru di Australia.

Tetapi penulis tidak nampak logika dari kenyataan Sirul.

Yang penulis nampak hanyalah pembohongan untuk melindungi seseorang yang sama ada masih mengawal atau memberikan bayaran kepada Sirul.



Beliau sendiri berkata, sehingga kini masih ada seseorang yang mengawal beliau.

Sudah pasti orang itu bukan DS Najib kerana DS Najib sekarang sudah tidak ada kuasa, malah kini berada dalam penjara.

Ternyata Sirul sebenarnya lebih takut kepada orang yang mengawal atau membayar beliau daripada menjelaskan kebenaran.

Ingat Sirul, setiap hari, ajal kita semakin mendekati kita.

 

Sirul Masih Mahu Libatkan Najib Dalam Pembunuhan Altantuya?

 

Temui Kami:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button