Dunia Berdepan Malapetaka Besar
Dunia Berdepan Malapetaka Besar
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran bahawa ais di benua Antartika mencair dengan kadar pantas.
Ianya sekali gus mencetuskan risiko malapetaka kepada seluruh dunia, lapor laman berita Euronews semalam.
Tindakan segera perlu diambil ketika mesyuarat sidang kemuncak iklim COP28 berlangsung di Dubai minggu depan bagi mengelakkan kemusnahan tersebut daripada berlaku.
“Kita menyaksikan ais mencair pada kadar yang amat pantas”.
“Antartika sedang bangun dan dunia juga perlu bangun bertindak,” katanya sambil merujuk kepada kadar pencairan ais di benua Antartika.
Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan tiga hari di Antartika bagi menyaksikan sendiri keadaan semasa kadar kecairan ais di situ.
Dalam pada itu, Guterres turut menyatakan bahawa lapisan ais di Greenland turut mencair dengan pantas serta kehilangan 250 gigaton ais setiap tahun.
Satu gigaton adalah menyamai satu bilion metrik tan.
“Semua ini akan mencetuskan malapetaka di seluruh dunia”.
“Apa yang berlaku di Antartika tidak hanya kekal di situ”.
“Apa yang berlaku di beribu-ribu batu jauhnya turut memberi kesan langsung di sini,” jelas beliau.
Mungkin ada di kalangan kita yang merasakan amaran yang diberikan oleh Guterres itu hanyalah satu lagi berita biasa yang sering didengari.
Ini adalah kerana mereka merasakan, kehidupan mereka tidak akan terkesan dengan pencairan ais di Antartika.
Benar, mungkin kesan jelas secara langsung tidak akan dapat dilihat dalam masa 50 tahun yang akan datang.
Tetapi, bagaimana dengan anak cucu kita yang akan mendiami bumi ini satu hari nanti?
Apakah mereka akan dapat menikmati keindahan bumi yang kita nikmati hari ini ketika itu?
Wajarkah kita wariskan kepada mereka keadaan bumi yang sudah tercemar teruk dengan pelbagai bencana alam untuk mereka duduki.
Bukankah generasi sebelum kita telah mewariskan bumi yang menghijau kepada kita untuk kita diami secara selesa?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sirul Masih Mahu Libatkan Najib Dalam Pembunuhan Altantuya?
- Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero
- 4 Beradik Terabai Setelah Di Halau