BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX

Oleh – Bakhtiar Omar


BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini makin lemah apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong PMX dalam Dewan Rakyat semalam.



Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat dan menjadi wakil rakyat ke-5 dari BERSATU berbuat demikian.

Bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim (7 November) dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik (8 November).

BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX

Ternyata di sebalik gimik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan mempertahankan jawatan beliau selaku Presiden BERSATU, sebenarnya sudah berlaku krisis dalaman membabitkan kepercayaan serta keyakinan dalam parti itu.



Mereka (wakil rakyat) dari BERSATU sudah hilang keyakinan kepada Muhyiddin apabila masih gagal mengambil alih kerajaan sebagaimana diwar-warkan sebelum ini.

Malah, ketika Muhyiddin dengan begitu yakin menyatakan mempunyai cukup sokongan ahli parlimen, semua tertanya siapa kalangan ahli parlimen yang memberi sokongan yang didakwa?

Kepercayaan terhadap karisma Muhyiddin juga tercalar bila BERSATU tidak berjaya menubuhkan sebuah kerajaan negeri selepas PRN2023 berbanding PAS yang menguasai 4 negeri.

Di tambah pula dengan spekulasi perebutan ‘kuasa’ yang berlaku dalam BERSATU sehingga mewujudkan ‘kem’ tertentu bagi mencatur jawatan tertinggi dalam pemilihan kelak.



Semua dapat melihat ‘bahasa tubuh’ Muhyiddin ketika membuat sidang media. Beliau tidak berada dalam keadaan selesa dan mahu segera menamatkan sidang media apabila wartawan mulai bertanya mengenai krisis dalaman BERSATU.

Semua mata kini tertumpu kepada wakil rakyat dari BERSATU di Parlimen kerana ada desas-desus menyatakan akan ada lagi MP BERSATU akan memberi sokongan kepada PMX.

Sesuatu yang boleh difikirkan, adakah mereka (wakil rakyat BERSATU) menyokong PMX untuk peruntukan kerana Akta Anti Lompat Parti jadi penghalang untuk melompat parti tidak dikategorikan sebagai perbuatan yang ada kaitan dengan ‘rasuah’?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading