Remaja berketayap tikam pemandu e-hailing ditahan polis

Remaja berketayap tikam pemandu e-hailing ditahan polis

Remaja berketayap tikam pemandu e-hailing ditahan polis
Remaja lelaki berusia 13 tahun menikam dada kiri seorang pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, Sungai Petani semalam – Foto tular FB

SUNGAI PETANI: Hanya kerana tidak puas hati dimaki ketika mengambil semula wang tambang dipercayai menjadi punca seorang remaja lelaki 13 tahun bertindak di luar kawalan menikam dengan pisau dada kiri pemandu kenderaan itu, semalam.

Bagaimanapun pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja itu untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata berdasarkan laporan, warga emas terbabit menerima pesanan melalui aplikasi Grab jam 5.43 petang semalam untuk mengambil penumpang terbabit di Lorong Taman Keladi, di sini.



Sewaktu dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang iaitu remaja lelaki terbabit meminta meminjam wang RM50 untuk membayar sewa rumah.

“Bagaimanapun pemandu itu memberitahu jika tiada wang dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan, namun remaja terbabit enggan dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?


“Namun sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran RM18 daripada remaja berkenaan dan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.

“Pengadu terpaksa menurunkan penumpang di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Zaidy berkata, sewaktu pemandu itu mahu memulangkan baki, penumpang mengacukan sebilah pisau ke dada kiri dan mahu merampas wang dari poket pemandu namun warga emas itu sempat merampas pisau serta menggigit tangan untuk mempertahankan diri dan suspek melarikan diri.

Berikutan itu, polis merampas sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter (cm) yang dibawa remaja lelaki berkenaan dan ditinggalkan di tempat kejadian.

Zaidy berkata, hasil siasatan mendapati, remaja lelaki itu adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukan kalangan keluarga bermasalah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik


Kejadian dipercayai berpunca suspek marahkan pemandu terbabit kerana dimaki dan cuba ambil semula wang bayaran tambang menyebabkan dia bertindak demikian.

“Selain itu terdapat rakaman melalui dashcam yang dipasang dalam kenderaan e-hailing berkenaan.

“Remaja lelaki itu ditahan jam 10 malam tadi selepas dua jam laporan polis dibuat pemandu e-hailing pada jam 8 malam tadi,” katanya sambil menambah pemandu e-hailing tidak cedera.

Remaja berketayap tikam pemandu e-hailing ditahan polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker