Esok tahu Yasin bebas atau bersalah kes dadah

Esok tahu Yasin bebas atau bersalah kes dadah

Esok tahu Yasin bebas atau bersalah kes dadah
Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman keluar dari Mahkamah Sesyen pada 3 Oktober lalu selepas hakim Hakim, Faiz Dziyauddin membuat keputusan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman diperintah untuk membela diri atas tiga tuduhan kes dadah. – Foto fail NSTP/Genes Gulitah

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen akan membuat keputusan sama ada mensabitkan kesalahan atau membebaskan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga tuduhan kes dadah esok.

Hakim, Faiz Dziyauddin akan membuat keputusan di akhir kes pembelaan itu pada jam 2 petang.

Muhammad Yasin, 47, dilepas dan dibebaskan serta-merta jika didapati tidak bersalah, namun sabitan kesalahan membawa kepada hukuman penjara, denda dan sebatan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



Pada 23 Oktober lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas satu-satunya saksi mereka iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangan.

Muhammad Yasin diarah membela diri pada 3 Oktober lalu atas tiga kes dadah selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Pada 15 September lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memaklumkan menutup kes selepas selesai pemeriksaan semula terhadap pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika itu, Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.

Muhammad Amirul antara tujuh saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 28 Ogos lalu.

Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.



Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Esok tahu Yasin bebas atau bersalah kes dadah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading