Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok, ditangguh

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok, ditangguh

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok, ditangguh
Gambar fail pada 19 Januari lalu menunjukkan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, hadir di Mahkamah bagi permohonan mendapatkan sementara pasportnya bagi menunaikan ibadah umrah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan dalam kes membabitkan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah pada asalnya dijadual mengumumkan keputusan mereka esok.

Seorang peguam yang mewakili Isa, Siti Sarah Khalil, ketika dihubungi BERNAMA berkata, pembelaan menerima notis daripada mahkamah memaklumkan bahawa prosiding yang dijadual berlangsung esok telah dilapangkan dan akan diganti dengan pengurusan kes untuk menetapkan tarikh baharu.



Pada 14 Oktober lalu, panel itu menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan.

Isa, 73, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 atas sembilan pertuduhan rasuah membabitkan amaun sebanyak RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Nombor 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur di antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dan ini bermakna Isa hanya perlu menjalani hukuman itu selama enam tahun.

Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021.



Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan kes itu selesai.– BERNAMA

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok, ditangguh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button