Polis berkas 7 individu susulan pergaduhan di Bitung, Indonesia
Polis berkas 7 individu susulan pergaduhan di Bitung, Indonesia

Jakarta: Polis Sulawesi Utara menahan tujuh individu yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di bandar Bitung pada Sabtu hingga menyebabkan seorang maut dan dua cedera, kata Ketua Polis, Inspektor Jeneral Setyo Budiyanto.
Suspek termasuk seorang remaja bawah umur dipercayai terbabit dalam insiden yang berpunca daripada provokasi antara peserta perhimpunan pro-Palestin dan sebuah pertubuhan Orang Asli.
Polis kini sedang mengenal pasti individu-individu lain yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu, menurut Setyo dalam satu kenyataan.
“Situasi terkini di Bitung adalah selamat dan terkawal manakala aktiviti harian kembali normal sejak malam tadi,” katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat yang diperoleh daripada sumber tidak sahih, termasuk akaun media sosial.
Pihak polis juga bekerjasama dengan pemimpin agama, masyarakat dan pelbagai pertubuhan untuk menangani kes terbabit, menggesa seluruh masyarakat turut menyumbang bagi menjamin keselamatan.
Kesemua suspek berdepan pertuduhan di bawah Artikel 170, berkaitan serangan dan ugutan, serta Artikel 338 berkaitan pembunuhan yang boleh dihukum penjara 15 tahun.
Polis berkas 7 individu susulan pergaduhan di Bitung, Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :