Akibat bunyikan hon, tentera mati ditembak

Akibat bunyikan hon, tentera mati ditembak

Akibat bunyikan hon, tentera mati ditembak
LOKASI kejadian. FOTO Facebook

Bangkok: Tentera Thailand maut selepas ditembak kerana membunyikan hon kepada pemandu kenderaan yang memotong pikapnya di wilayah tengah Prachin Buri, malam Ahad lalu.

Portal The Thaiger melaporkan, susulan kejadian, mangsa, Ekkarat Sue-am, 22, dilaporkan terperangkap di dalam pikap itu.

Teman wanitanya, Monticha, 25, kemudian meminta bantuan pihak berkuasa.



Media tempatan melaporkan, sejurus polis tiba di tempat kejadian, mereka menemukan sebuah pikap kelabu yang terhumban dari jalan ke dalam kawasan hutan di tepi jalan.

Bahagian kiri kenderaan itu rosak.

Pegawai polis mengeluarkan lelaki itu dari kenderaan sebelum menemukan kesan tembakan pada bahu kiri mangsa.

Ekkarat dibawa ke hospital, tetapi doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya kerana peluru itu menembusi badannya dan terkena paru-paru mangsa.



Monticha memberitahu polis, dia dan teman lelakinya Ekkarat dalam perjalanan dari wilayah tengah Saraburi ke wilayah Isaan Sa Kae untuk menjemput saudara-mara ke majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 21 Januari depan.

Menurut wanita itu, sebuah pikap berwarna emas memotong kenderaan mereka secara mengejut dan Ekkarat membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu terbabit.

Monticha berkata, Ekkarat kemudian memecut kenderaannya dan memintas pikap itu hingga menimbulkan kemarahan pemandunya.

Akibatnya, kenderaan itu dipandu menghampiri keretanya sebelum pemandunya melepaskan tembakan.



Peluru itu mengenai Ekkarat, menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan ke atas kereta dan terhumban ke kawasan hutan di tepi jalan.

Monticha berkata, dia tidak dapat mengingati nombor pendaftaran kenderaan suspek kerana keadaan gelap.

Penguasa Balai Polis Rabor Phai, Ponganan Rakchart berkata, pegawai kini memeriksa kamera keselamatan di sepanjang jalan untuk mengesan suspek.

Akibat bunyikan hon, tentera mati ditembak

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button