TokTi Akui Buat Masa Ini Dana Bantuan Palestin Lagi Penting

Disoal Mengapa Promosi Album Menyepi

TokTi Akui Buat Masa Ini Dana Bantuan Palestin Lagi Penting

TokTi Akui Buat Masa Ini Dana Bantuan Palestin Lagi Penting
TokTi Akui Buat Masa Ini Dana Bantuan Palestin Lagi Penting

 “Sabar sikit ya.”

Demikian komen biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ditanya tentang promosi album baharunya, Sitism yang dilihat sedikit perlahan walaupun baru dilancarkan September lepas.

Jelas Siti Nurhaliza, ketika ini, dia lebih memberi perhatian kepada dana dan bantuan untuk rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kekejaman rejim zionis.

TokTi Akui Buat Masa Ini Dana Bantuan Palestin Lagi Penting

”Sabar ya, ada saudara kita di Palestin yang lebih perlukan perhatian,”ujarnya ringkas.

Penyanyi Sehebat Matahari itu berkata demikian dengan memetik ciapan pertanyaan seorang pengguna akaun aplikasi X yang menimbulkan persoalan tersebut.

“Sekarang Sitism memang diam sahaja. Pemasaran tidak dijalankan, strategi zaman batu. Tiada peningkatan langsung,” ciap pengguna akaun tersebut.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah menyuarakan tentang penangguhan konsert berskala besarnya tahun depan demi menghormati dan menjaga sensitiviti rakyat Palestin yang masih berdepan pergolakan peperangan.

Sebaliknya, penyanyi itu merancang untuk menggantikan konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung Mac depan itu dengan sebuah persembahan amal sekali gus mengumpul dana untuk Palestin.

Untuk info, Sitism memuatkan lapan lagu ciptaan komposer senior dan muda termasuk dari Indonesia.

Antara nama hebat yang menyumbangkan lagu untuk album itu termasuklah Aubrey Suwito, Melly Goeslaw, Sharon Paul, Andi Rianto, Luca Sickta, Tomok dan ramai lag

TokTi Akui Buat Masa Ini Dana Bantuan Palestin Lagi Penting


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker