Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?
Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?
Ketika kempen PRU 15, tular di media sosial bagaimana anak-anak kecil yang belajar di PASTI berusia 4 hingga 6 tahun disuruh mengibarkan bendera PAS.
Tentu kita masih ingat lagi di era Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Dr Mahathir, bagaimana pelajar sekolah bergambar dengan Jalur Gemilang yang dihitamkan.
Ketika sambutan kemerdekaan negara yang ke 65, sekali lagi kanak-kanak PASTI digunakan oleh parti PAS.
Ketua Pemuda PAS ketika itu, Fadhli Shaari memperkenalkan logo kemerdekaan Perikatan Nasional yang kononnya akan digunakan di negeri yang ditadbir PAS.
Kemudian logo tersebut diperkenalkan pula kepada kanak-kanak PASTI!!!
Ini adalah sebahagian dari insiden di mana kanak-kanak sekolah diperalatkan oleh golongan pendidik yang ekstrim dengan parti politik yang mereka sokong.
Penulis percaya apa yang dicatat dan ditularkan hanyalah ‘a tip of the iceberg’.
Pasti ada banyak lagi yang kekal tidak terbongkar.
Benar, kesemua insiden tersebut berlaku di sekolah vernakular dan sekolah swasta, tetapi tetap dalam institusi perguruan.
Malah penulis mengenalpasti, seorang ustazah yang mengajar di salah sebuah sekolah agama berasrama penuh menjadi Timbalan Ketua Muslimah PAS bahagian.
Bolehkah diberi jaminan, ‘ustazah’ tersebut tidak mengdoktrinkan pemikiran anak murid beliau supaya menyokong PAS?
Berani Kerana Benar
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, menyelar cadangan penubuhan jawatankuasa pemantauan perguruan.
Beliau menyifatkannya sebagai mengarut dan tidak munasabah.
Penulis mahu bertanya, di manakah mengarutnya dan tidak munasabahnya cadangan tersebut?
Bolehkah beliau memberi jaminan semua individu yang berada dalam dunia pendidikan tidak menyalahgunakan kedudukan mereka.
Bagaimana dengan beberapa contoh yang penulis sebutkan di atas?
Apakah tidak pernah berlaku cikgu melakukan perbuatan mencabul kehormatan murid mereka?
Benar, ianya adalah kes terpencil, tetapi, pokoknya ia pernah berlaku dan boleh berlaku lagi.
Sedangkan institusi kehakiman, badan penguatkuasa seperti PDRM dan SPRM ada unit integriti yang bertindak sebagai jawatankuasa pemantau.
Mengapa cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan tidak dipandang dari sudut yang positif?
Kalau setiap cadangan baharu Aminuddin melihat dengan mata lalat, maka beliau tidak layak menjadi Presiden NUTP.
Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand
- Surat Tahanan Warga Israel Kepada HAMAS
- ‘Ustaz Muhyiddin’: Tinggalkan UMNO Dapat Pahala
- MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah
- Muhyiddin Gagal Dapatkan Passport