Peniaga mi cedera ditikam pelanggan

Peniaga mi cedera ditikam pelanggan

Peniaga mi cedera ditikam pelanggan
Rakaman CCTV yang tular menunjukkan peniaga makanan sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, Ipoh cedera ditikam di perut oleh seorang lelaki tidak dikenali. – Foto tular

IPOH: Peniaga mi di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, di sini cedera ditikam di perut oleh seorang pelanggan pagi semalam.

Beberapa video melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik kejadian serta wajah suspek turut ditularkan di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hasaan, berkata semakan mendapati kejadian berlaku jam 6 pagi semalam apabila mangsa berusia 44 tahun ditikam suspek menggunakan pisau.



“Mangsa berniaga mi di restoran itu. Dia cedera di perut ditikam dengan pisau seorang pelanggan tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera di perut dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Polis sedang mengesan suspek yang masih bebas serta meminta orang ramai untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222.

Peniaga mi cedera ditikam pelanggan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Dajjal hari ini namanya Anwar Ibrahim” – Badrul Hisham Shaharin



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button