Budak perempuan 12 tahun tunggang motosikal dari Klang ke Shah Alam

Budak perempuan 12 tahun tunggang motosikal dari Klang ke Shah Alam

Budak perempuan 12 tahun tunggang motosikal dari Klang ke Shah Alam
Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di pusat bandar Shah Alam malam tadi. – Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Seorang budak perempuan 12 tahun yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan malam tadi, mengakui sudah mendapat kebenaran ibunya untuk keluar menunggang motosikal.

Bagaimanapun dia yang tinggal dan bersekolah di Bayu Perdana, Klang itu berkata ibunya tidak tahu dia menunggang motosikal hingga ke Shah Alam untuk bersuka-suka bersama kawan.

“Ini motosikal mak saya. Dia tahu saya keluar malam ini tetapi mak belum tahu saya ditahan polis.



“Saya datang bersama dua kawan saya tetapi kami menunggang motosikal secara berasingan, makan di tasik dan jalan-jalan sekitar Shah Alam.

“Ya (beri kebenaran tunggang motosikal) tetapi mak cakap, kalau jadi apa-apa kena tanggung sendiri,” katanya ditemui dalam operasi berkenaan jam 1.45 pagi tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?




Semasa pemeriksaan dokumentasi oleh anggota trafik juga, dia mengakui tidak membawa kad pengenalan diri dan tidak mengingati nombor berkenaan.

Dia antara ditahan dalam operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bermula jam 11.30 malam tadi hingga jam 2 pagi tadi di pusat bandar Shah Alam.

Tinjauan mendapati, bukan sekadar golongan muda dari Klang, ada antara yang ditahan juga datang dari Petaling Jaya dengan alasan Shah Alam adalah tempat ‘healing’ dan lepak bagi mereka.

Selain itu, ada juga individu yang disaman dalam operasi berkenaan baru sahaja disaman serta disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Sementara itu, Ketua BSPT Shah Alam, Deputi Superintendan SH Roslee SH Mohd Norrani, berkata dalam operasi berkenaan sebanyak 43 motosikal disita dan 185 saman atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan adalah ubah suai motosikal, tiada nombor pendaftaran, tiada lesen, tiada brek belakang, ubah suai ekzos, tayar bersaiz kecil,” katanya.

Budak perempuan 12 tahun tunggang motosikal dari Klang ke Shah Alam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button