“Pemimpin Perikatan Nasional kata syarat ketat” – Syed Abu Hussin

Oleh – Bakhtiar Omar


"Pemimpin Perikatan Nasional kata syarat ketat" - Syed Abu Hussin
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyatakan pemimpin Perikatan Nasional menyatakan syarat ketat diletakkan Kerajaan Perpaduan untuk memberi peruntukan.

Syed Abu Hussin membongkar sepanjang setahun tidak ada perbincangan dalam Perikatan Nasional untuk berunding dengan Kerajaan berkenaan peruntukan Parlimen.



Beliau merasa agak pelik apabila pihak Kerajaan membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan hal peruntukan, namun di pihak Perikatan Nasional hanya memberi jawapan klise tanpa menyatakan apakah syarat ketat yang diletakkan oleh pihak Kerajaan.

Menjawap soalan yang dikemukakan wartawan, Syed Abu Hussin memberitahu selama setahun beliau tidak mampu membantu pengundi Bukit Gantang seperti sebelum ini.

Beliau juga mendakwa elaun sebagai Ahli Parlimen dihabiskan untuk membantu pengundi namun tidak mencukupi memandangkan Parlimen Bukit Gantang agak besar dan memerlukan peruntukan yang besar.

“saya ada berjumpa ‘one by one’ (BERSATU) oleh kerana tidak ada perjumpaan yang khusus bincang tentang peruntukan, jadi tak timbullah (hal peruntukan)”



SERING BERITAHU SYARAT DIKENAKAN KETAT TETAPI TIDAK NYATAKAN APA SYARAT YANG DILETAKKAN

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga membongkar pemimpin Perikatan Nasional sering menggunakan alasan syarat ketat diletakkan Kerajaan namun apabila beliau merujuk perkara tersebut Kerajaan menafikan meletakkan syarat ketat.

Pada 28 November 2023, Syed Abu Hussin secara terbuka memberi sokongan kepada PMX di Dewan Rakyat sekaligus menjadi Ahli Parlimen ke 5 dari blok Perikatan Nasional menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Sebelum Syed Abu Hussin, 4 lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional telah memberi sokongan kepada PMX dimulakan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button