Hamas sedia tukar tentera Israel ditawan dan semua tahanan Palestin

Hamas sedia tukar tentera Israel ditawan dan semua tahanan Palestin

Hamas sedia tukar tentera Israel ditawan dan semua tahanan Palestin
PALESTIN dilihat memasak di depan runtuhan bangunan di kem pelarian Khan Younis, selatan Gaza. FOTO Reuters

Cape Town: Kumpulan Hamas bersedia membebaskan semua tentera Israel yang ditawan mereka sebagai pertukaran dengan semua tahanan Palestin yang berada di Israel.

Pemimpin kanan Hamas dan bekas Menteri Kesihatan Gaza, Bassem Naim yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya membuat rundingan sukar untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata yang berakhir 7 pagi (Waktu Palestin) hari ini.

“Kami bersedia membebaskan semua tentera sebagai pertukaran untuk semua tahanan kami di Israel.



“Kami juga sedang cuba dengan pengantara (Qatar) berunding mencapai persetujuan gencatan senjata kekal,” katanya pada sidang media di Cape Town, semasa lawatannya ke Afrika Selatan.

Sumber rapat pejuang Hamas mengesahkan, Hamas bersedia melanjutkan gencatan senjata empat hari lagi dan membebaskan lebih ramai tebusan Israel.

Kumpulan Hamas menawan kira-kira 240 orang dari selatan Israel, ketika misi Taufan Al-Aqsa bermula 7 Oktober lalu.

Sebagai tindak balas, Israel berikrar menghapuskan Hamas dan melancarkan serangan udara dan darat secara bertubi-tubi.



Israel mendakwa 1,200 penduduk mereka terbunuh, manakala Hamas pula mengesahkan lebih 15,000 orang Palestin, terkorban.

Setakat ini, seramai 60 tebusan Israel dan 180 penduduk Palestin dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata enam hari.

Pada 2011, lebih 1,000 rakyat Palestin ditukar dengan tentera Israel Gilad Shalit, yang, ditawan Hamas lima tahun sebelumnya.

Kumpulan aktivis berkata, lebih 7,000 warga Palestin ditahan di penjara Israel.



Hamas sedia tukar tentera Israel ditawan dan semua tahanan Palestin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading