Pekerja lapangan terbang curi barangan mewah RM1.32 juta

Pekerja lapangan terbang curi barangan mewah RM1.32 juta

Pekerja lapangan terbang curi barangan mewah RM1.32 juta
FOTO fail menunjukkan pesawat diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. FOTO AFP

Seoul: Lelaki berusia 41 tahun yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon didakwa atas tuduhan mencuri barangan mewah bernilai 366 juta won (RM1.32 juta) daripada bagasi penumpang.

Pendakwa Raya Pejabat Pendakwa Daerah Incheon berkata, lelaki itu didakwa atas 208 kes rompakan dari November 2021 hingga 6 Oktober lalu.

Lelaki itu, yang tidak dinamakan didakwa mengambil beg mewah, barang kemas dan barangan mahal lain daripada bagasi penumpang ketika bekerja sebagai pengendali bagasi di terminal lapangan terbang.



Polis menangkap lelaki itu selepas menyiasat laporan daripada penumpang yang kehilangan barangan mereka termasuk dakwaan kehilangan sebuah beg Hermes bernilai 40 juta won (RM144,588.05).

Lelaki itu memberitahu polis, dia membelanjakan wang yang diperolehnya daripada menjual semula barangan itu menyara hidupnya.

Tugasnya adalah untuk memuatkan beg ke dalam simpanan kargo pesawat untuk subkontraktor syarikat penerbangan tempatan.

Dia didakwa mencuri barangan itu semasa lima pekerja lain yang bekerja dengannya berhenti berehat.



Untuk mengelak daripada ditangkap, lelaki itu hanya mengambil beberapa barang dari setiap bagasi di tempat tanpa kamera pengawasan sekali gus menghalang siasatan.

Bagaimanapun, pegawai mengesan di mana pekerja yang bekerja di syarikat itu, selepas menerima beberapa laporan mengenai barang hilang dan berjaya mendapati salah seorang daripada mereka meninggalkan lapangan terbang dengan beberapa barangan yang dicuri.

Polis menyerbu pejabat, rumah dan kereta lelaki itu sebelum merampas 218 barangan curi.

Pekerja lapangan terbang curi barangan mewah RM1.32 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker