Baju Mandi Che Ta Buatkan Netizen Terhibur! [VIDEO]
“Baju Tu Pakej Sekali Pelampung Ke?”
Baju Mandi Che Ta Buatkan Netizen Terhibur! [VIDEO]
![Baju Mandi Che Ta Buatkan Netizen Terhibur! [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2023/12/IMG_4588-750x423.jpg.webp)
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Nama Pun Che Ta, Mandi Sungai Baju Kepok-Kepok Uolls”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini memaparkan jumlah tontonan sebanyak 235 ribu, tanda suka sebanyak 7 ribu dan sebanyak 198 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memakai busana berwarna merah jambu yang besar dan sedang berendam di dalam air sungai.
“Nak jugak mandi sungai, tak kann tidakkk”-kata Che Ta
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Che Ta yang memakai sedemikian untuk mandi sungai. Mereka juga mengatakan, Che Ta mandi sungai juga bersiap lengkap dengan bulu mata dan baju kepok-kepok, jikalau mereka hanya memakai baju biasa sahaja.
“Mandi sungai pun kena cantik jugak u all”
“Kak, satgi hanyut sampai KL kak hahahahah”
“Deras betul air, berani Che Ta turun. Kita yang tengok ni seriau kena hanyut dengan air”
“Tu yang namanya Che Ta terr!, mandi sungai pun baju kepok uolss”-kata mereka
![Baju Mandi Che Ta Buatkan Netizen Terhibur! [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2023/12/1F54967D-A202-44CF-BF96-FE7D49F03A24.jpeg-675x800.webp)
Apa-apa pun, itu adalah keselesaannya dan setiap orang berbeza keinginannya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Baju Mandi Che Ta Buatkan Netizen Terhibur! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :