Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI
Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

Hari ini kerajaan telah mula menawarkan kredit RM100 dibawah inisiatif eMADANI kepada berumur lebih 21 tahun dan berpendapatan dibawah RM100,000 setahun.

Terdapat 4 platfrom dompet digital yang menyokong penebusan inisiatif eMADANI ini iaitu MAE, Touch n Go eWallet, Setel dan ShopeePay.

Pengguna boleh memilih salah satu dompet digital dan melakukan penebusan melaluinya untuk pembelian secara fizikal sahaja.



Bukan itu sahaja, penebusan ini sudah boleh dibuat bermula hari ini 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.


Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

Tetapi korang tahu tak macam mana nak tebus eMadani e-Wallet 2023 ini, jom kita lihat caranya:

MAE


Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

 

  • Cara ini khusus bagi pelanggan Maybank sahaja dimana pengguna boleh memuat turun aplikasi MAE.
  • Log masuk ke Apps MAE Maybank dan klik pada logo “eMADANI’ pada paparan menu utama.
  • Kemudian, masukkan maklumat peribadi pengguna dan klik pada butang “Hantar”.
  • Pengguna akan menerima notifikasi penebusan kredit e MADANI MAE Maybank berjaya.

Touch n Go eWallet


Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI



 

  • Pengguna boleh muat turun aplikasi Touch N Go dalam telefon pintar korang.
  • Pendaftaran akaun perlu dilakukan terlebih dahulu dan pengguna perlu log masuk ke akaun mereka.
  • Seterusnya, korang perlu lakukan verifikasi akaun eMADANI Touch N Go .
  • Pada halaman utama, klik pada bahagian touch n go tng eMADANI dan tekan pada butang “Hantar”.
  • Akhir sekali, tuntutan RM100 Madani eWallet berjaya.

Setel


Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

 

  • Pertama sekali, korang perlu muat turun aplikasi Setel dan log masuk.
  • Pengguna perlu mendaftar akaun mereka dan pengesahan perlu dibuat dengan klik pada “Sahkan sekarang”.
  • Pada bahagian menu, isi maklumat pemohon dan hantar permohonan penebusan kredit tersebut.
  • Jika lulus, korang akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja.

ShopeePay



  • Pengguna perlu muat turun aplikasi Shopee.
  • Korang perlu aktifkan ShoppePay dan pastikan telah mengesahkan akaun dengan Kad Pengenalan pemohon.
  • Klik pada bahagian e-MADANI.
  • Kemudian, klik pada butang “Tebus Sekarang” dan isi butiran korang dalam borang permohonan online.
  • Permohonan korang akan diproses dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
  • Akhir sekali, klik “Tebus” untuk membuat tuntutan kredit eMADANI berjumlah RM100.

Menariknya, kalau korang tebus eMADANI dari platform Shopee, korang berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Z Flip5 melalui permainan Spin & Win di Shopee.

Malah, korang juga boleh dapat baucar ekstra dengan NILAI JAMINAN RM600 berbentuk baucar ShopeeMall, ShopeeFood, SPayLater & Insurans Kereta.

Namun, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan (peer-to-peer) kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Kementerian Kewangan (MOF) menasihatkan penerima manfaat eMADANI agar tidak menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit.



Kredit: TheVocket I Buletin TV3

Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button