Leona Bidas Komen Netizen Yang ‘Body Shaming’ Dirinya
“Kalau Saya Gemuk Pun, Beri Kesan Kepada Awak Ke?”
Leona Bidas Komen Netizen Yang ‘Body Shaming’ Dirinya
Kasih Iris Leona, nama pempengaruh yang tidak pernah lari dari kecaman dan kontroversi daripada warga netizen.
Baru-baru ini, Leona yang juga merupakan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman telah menyelar tindakan sesetengah warganet yang mengecam tentang berat badannya.
Menerusi beberapa ciapan di platform X, pempengaruh berkenaan mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia tiada sebarang masalah dengan berat badannya malah sangat gembira dengan kehidupannya sekarang.
if I’m fat then so what like how does it affect u I’m genuinely curious
— leona (@kasihirisleona) December 4, 2023
Saya minta maaf kalau awak tak berpuas hati dengan penampilan diri awak tetapi awak tidak perlu ada rasa ‘insecure’ terhadap saya. Saya gembira dengan penampilan saya dan itu sahaja yang penting.
Kenyataan yang mengatakan badan saya kelihatan seperti mak kepada 5 orang anak..mak awak nampak macam saya ke?
Bukan itu sahaja, Leona turut menyoal tindakan sesetengah warga maya yang sering meninggalkan komen-komen aneh terhadapnya.
Apa sebenarnya niat awak bila awak tinggalkan komen pelik pada hantaran saya? Kewajipan agama? Rasa perlu untuk mengatakan sesuatu? Kepuasan?
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen menasihati Leona supaya mengabaikan komen-komen berunsur body shaming tersebut.
Abaikan orang yang cakap itu kita jadi diri sendiri je.
Namun, ada juga yang tampil menjelaskan tentang isu sebenar yang menjadi bualan hangat warga netizen iaitu cara pemakaian Leona dan bukanlah berat badannya sahaja.
Tambahan, mereka berpesan kepada Leona untuk leboh menitikberatkan cara pemakaiannya yang didakwa mencolok mata.
Sebenarnya gemuk ke berisi ke tu bukan isu sangat cuma terlampau mencolok mata sangat sebab tu dia orang pertikai.
Ia bukan sebab gemuk tau sayang, ini pasal agama dan martabat awak. Awak bawa nama Islam ke negara orang, jadi faham-fahamlah.
Gemuk tak salah, yang salah tayang tu. Kalau boleh tutup sikit sebab adik dah comel, lagi comel kalau bertutup.
Terdahulu, Leona telah menjadi bualan hangat apabila dia memakai ‘dress’ berwarna ungu muda tetapi mendedahkan bahagian dadanya.
Kredit: Platform X Leona
Leona Bidas Komen Netizen Yang ‘Body Shaming’ Dirinya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?