Ribuan ikan terdampar di pantai

Ribuan ikan terdampar di pantai

Tokyo: Beribu-ribu ikan sardin dan tenggiri dihanyutkan ke darat berhampiran pelabuhan perikanan Toi di Hakodate, Hokkaido, Jepun.

The Straits Times melaporkan seorang pegawai bandar raya Hokkaido mengesahkannya pada pagi Khamis lalu dan kejadian itu menimbulkan spekulasi bahawa ikan berkenaan tiba-tiba mengalami kekurangan oksigen.

Kerajaan bandar Hakodate dan kerajaan wilayah Hokkaido sedang menyiasat punca serta mempertimbangkan cara untuk membersihkan bangkai ikan itu.

Menurut kerajaan bandar, seorang pegawai yang melawat tapak lokasi sebaik menerima berita itu mendapati bertan-tan ikan mati meliputi lebih satu kilometer dari pantai yang terletak berhampiran pelabuhan nelayan.



Seorang nelayan tempatan berusia 65 tahun berkata, dia pernah melihat ikan mati akibat kekurangan oksigen di luar pantai, tetapi ini adalah kali pertama sejumlah besar ikan dihanyutkan ke pantai.

Pegawai menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 1,000 tan ikan kebanyakannya sardin dan sebahagian kecil ikan kembung dihanyutkan ke darat, tetapi angka itu mungkin lebih tinggi, lapor Asahi Shimbun.

Ribuan ikan terdampar di pantai
LAMBAKAN ikan yang hanyut ke darat berhampiran pelabuhan perikanan Toi di Hakodate, Hokkaido, Jepun. FOTO Hokkaido Television Broadcasting

Pihak berkuasa berkata, mereka bekerjasama dengan nelayan tempatan untuk membersihkan kawasan itu, mulai Sabtu.

Bangkai ikan hanyut yang dilitupi pasir, tidak boleh dimakan, pegawai bandar memberi amaran.



Katanya, ikan itu juga tidak boleh digunakan sebagai makanan atau baja untuk ternakan ikan.

Seorang pakar di Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata, beliau percaya ikan itu dalam perjalanan ke selatan ke pulau utama Honshu.

“Lambakan ikan itu mungkin mati selepas ia memasuki zon sejuk,” katanya kepada Asahi Shimbun.

Ribuan ikan terdampar di pantai

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button