Ibu muda ketagih makan bedak bayi

Ibu muda ketagih makan bedak bayi

Ibu muda ketagih makan bedak bayi
DREKA Martin mendakwa menghidap pica, iaitu gangguan makan yang dicirikan oleh paksaan untuk makan bahan bukan makanan, seperti kapur atau cat. FOTO Agensi

New Orleans: Seorang ibu di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat, mempunyai selera pelik apabila ketagih menjadikan bedak bayi sebagai makanan, malah boleh menghabiskan sebotol bahan itu setiap hari.

Dreka Martin, 28, mendakwa dia menghidap pica, iaitu gangguan makan yang dicirikan oleh keinginan untuk makan bahan bukan makanan, seperti kapur atau cat.

Dia mendedahkan bahawa dia makan sebotol bedak bayi setiap hari dan tahun ini sudah pun memakan dengan bedak bayi yang jumlahnya secara keseluruhannya bernilai AS$4,000 (kira-kira RM18,656).



Dreka berkata, ketagihannya menikmati bedak rawatan kulit itu kerana berpunca nak merasainya setelah memandikan anaknya, 10 tahun lalu.

Dia menambah bahawa dia lebih suka melepaskan keinginan untuk makan ‘makanan biasa’ daripada berhenti makan bedak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




“Perkara kegemaran saya mengenai memakan produk putih itu ialah ‘mencairkannya’ di dalam mulutnya dengan mengunyahnya sehingga 40 saat sebelum menelannya,” katanya.

Menurutnya, ‘ketagihan’ itu menjadi lebih teruk pada tahun 2014 dan kemudiannya pada Januari 2023 selepas kematian dua orang yang disayangi.

Semasa hamil, Dreka mengatakan bahawa dia menjalani enam transfusi darah untuk menghentikan keinginannya terhadap bedak bayi kerana doktor menganggapnya berkaitan dengan tahap zat besi yang rendah.

Dia berkata, paling lama dia mengelak ketagihan anehnya itu ialah semasa mengandungkan anak lelakinya itu, Faiz Palmer, yang kini berusia tiga tahun.



Wanita itu mula makan lagi apabila anak lelakinya itu berusia tiga bulan dan sekarang, dia mengambil pil zat besi untuk meredakan keinginannya.

Tetapi Drake mengatakan dia tidak akan berhenti makan bedak bayi buat masa ini, walaupun ‘bimbang’ anak lelakinya akan mengikut jejaknya.

Dreka berkongsi tabiat peliknya itu di TikTok. Perkongsiannya itu mendapat lebih daripada 400,000 suka dan 24,000 pengikut, termasuk beberapa yang mengalami masalah serupa dan yang lainnya yang menyelar tabiatnya itu.

Ibu muda ketagih makan bedak bayi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading