Hetty Koes Endang Puji Siti Nordiana

“Nyanyian Kamu Buat Saya Merinding,”

Hetty Koes Endang Puji Siti Nordiana

Hetty Koes Endang Puji Siti Nordiana
Hetty Koes Endang Puji Siti Nordiana

Juri Final All Star Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang memuji persembahan pertama penyanyi, Siti Nordiana yang membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah.

Menurut Hetty, nyanyian Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ternyata telah menyentuh hatinya.

“Merinding bulu roma bonda bila saat chorusnya. Kamu sudah buat yang terbaik,” katanya.



Malah, juri asal Indonesia ini juga memuji pemilihan lagu yang telah dibuat oleh Nana.

Pada masa sama, Hetty meminta peserta lain untuk terus memberikan persembahan terbaik untuk menyayingi persembahan Nana ini.

“Bagaimana perasaan kamu masuk ke peringkat akhir? Syukur bangga kerana kamu masuk hingga titik saat ini.

“Menurut saya, lagu pertama ini nilainya agak tinggi berbanding dua lagi lain.



“Jadi peserta yang bertanding perlu all out. Menurut saya, kamu ‘grand’, mantap,” ujarnya lagi.

Nana selepas ini bakal mempersembahan dua buah lagu lagi menerusi tugasan duet dan battle.

Dua lagu tersebut adalah Kemarin dan Let’s Kill This Love.

Hetty Koes Endang Puji Siti Nordiana

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker