Empat scammer termasuk dua remaja bawah umur didakwa pukul pekerja

Empat scammer termasuk dua remaja bawah umur didakwa pukul pekerja

Empat scammer termasuk dua remaja bawah umur didakwa pukul pekerja
DUA daripada empat tertuduh diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merompak, mencederakan dan menyimpan video lucah seorang remaja lelaki yang juga pekerja mereka. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA: Empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak, mencederakan dan menyimpan video lucah seorang remaja lelaki yang juga pekerja mereka, gara-gara mangsa enggan menjadi ahli sindiket penipuan.

Kesemua tertuduh, Soh Sun Hung, 20; Yap Kah Seng, 22, bersama dua lagi remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 15 tahun membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama sebagai majikan kepada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun telah menganiaya mangsa dengan cara mencederakan menggunakan tangan, kaki, tali dan sebatang besi.



Perbuatan itu dilakukan antara pukul 8 malam hingga 1 pagi di sebuah rumah di Jalan Klebang Jaya, Taman Klebang Jaya dalam daerah Melaka Tengah pada 28 Mei 2023.

Kesemua tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Dalam pada itu, kesemua mereka turut didakwa telah melakukan rompak dan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa sama pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal manakala peguam Joel Chua mewakili kesemua tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes.



Sementara itu, kesemua tertuduh berdepan satu lagi pertuduhan di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli atas kesalahan memiliki bahan-bahan lucah dalam telefon bimbit.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Empat scammer termasuk dua remaja bawah umur didakwa pukul pekerja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button