Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat Dari Rombakan Kabinet

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh perdana menteri, UMNO mendapat 2 pelantikan baharu.

Satu untuk jawatan menteri penuh dan satu lagi untuk jawatan timbalan menteri.

Naib Presiden UMNO, Johari Ghani, telah dilantik sebagai menteri di Kementerian Perladangan & Komoditi.



Manakala Ketua Wanita UMNO, Dr Noraini Ahmad, pula telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

2 orang menteri dari UMNO, Azalina Othman Said dan Tengku Zafrul dikekalkan jawatan mereka dipotfolio masing-masing.

3 orang lagi menteri dari UMNO, DSU Mohamad Hasan Khaled Nordin dan Dr Zambry telah ditukarkan sesama sendiri.

Seorang timbalan menteri dari UMNO, Ahmad Maslan, dikekalkan jawatan, tetapi telah ditukarkan dari Kementerian Kewangan kepada Kementerian Kerja Raya.



Pemimpin UMNO Mesti Sedar Diri

Satu kejanggalan yang dapat dilihat di sini adalah apabila Johari Ghani dilantik sebagai menteri penuh tetapi Dr Noraini cuma dilantik sebagai timbalan menteri.

Dari sudut hierarki dalam parti, jawatan yang disandang oleh Dr Noraini adalah lebih kanan dari Johari Ghani.

Dalam UMNO, jawatan Ketua Wanita adalah sama tarafnya dengan jawatan Timbalan Presiden.

Apa lagi sekiranya hendak dibandingkan kedudukan Dr Noraini dengan Azalina dan Tengku Zafrul di dalam UMNO.



Seperkara lagi, dalam pentadbiran sebelumnya, Dr Noraini adalah seorang menteri penuh.

Penulis juga tidak nampak rasionalnya mengapa ketiga-tiga orang menteri penuh di tukar kementerian sesama sendiri.

Apakah ada keperluan untuk melakukannya?

Adakah Anwar tidak puas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemimpin UMNO tersebut?



Timbul persoalan, mengapakah Rafizi yang dilihat tidak kompeten di Kementerian Ekonomi dan mendapat kritikan ramai, tetapi masih terus dikekalkan?

Adakah kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR, maka Anwar tidak berani?

Tidak dinafikan, UMNO cuma mempunyai 26 kerusi di parlimen dan hanya parti picisan di dalam kerajaan.

Tetapi yang perlu dicari jawapan oleh pemimpin UMNO adalah apakah Anwar tidak puas hati dengan pencapaian pemimpin UMNO dalam kerajaan.



Atau Anwar sedang memberi amaran kerana tidak puas hati dengan pencapaian UMNO?

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button