Calon SPM maut kes langgar lari depan sekolah

Calon SPM maut kes langgar lari depan sekolah

Calon SPM maut kes langgar lari depan sekolah
Polis akan panggil saksi kejadian untuk bantu siasatan. – Foto tular

IPOH: Pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya dikatakan dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa berusia 44 tahun dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Ketidakpuasan hati itu dikatakan mendorong pemandu kereta berkenaan bertindak mengejar motosikal ditunggang remaja itu sejauh kira-kira satu kilometer (km) sebelum melanggarnya dari belakang.



Akibat pelanggaran itu, mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah dipercayai terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?


Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan kemudian dikatakan berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum segera beredar apabila menyedari kehadiran orang ramai.



Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

Tinjauan di Jabatan Forensik HRPB mendapati, ahli keluarga mangsa tiba di situ sementara menunggu proses bedah siasat selesai.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mohamad Fauzi Mahson turut dilihat hadir ke Jabatan Forensik berkenaan bagi menzahirkan rasa duka cita atas kejadian itu terhadap keluarga pelajar berkenaan.

Insiden berkenaan turut tular di media sosial hari ini.



Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hasaan Basri ketika dihubungi berkata, siaran media berhubung kejadian itu akan dikeluarkan pihaknya dalam waktu terdekat.

Calon SPM maut kes langgar lari depan sekolah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button