Bekas komando hilang selepas hanyut ke dalam parit

Bekas komando hilang selepas hanyut ke dalam parit

Bekas komando hilang selepas hanyut ke dalam parit
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memantau usaha mencari di Pos Kawalan Tempat Kejadian berdekatan Taman Pelangi di Kluang Johor. NSTP/Mohamad Fahd Rahmat.

KLUANG: Bekas komando hilang selepas dilihat hanyut ke dalam parit berhadapan bangunan Persatuan Eng Choon di Jalan Ismail, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian menimpa Ab Manan Keri, 73, kira-kira jam 4.15 petang semalam dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dilihat polis pada jam 11.30 pagi ini.

Beliau berkata, sebelum itu, mangsa dilihat berjalan mengharungi air banjir kilat di kawasan berkenaan.



“Laporan polis dibuat keluarga mangsa pada 10.45 malam tadi dan menerusi pencarian di tempat kejadian, orang awam menemui beg silang milik mangsa.

“Pencarian dilakukan di sepanjang empat kilometer Sungai Mengkibol dengan kekuatan lebih 50 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian berdekatan Taman Pelangi di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?




Beliau berkata, berikutan hujan lebat, operasi pencarian di sepanjang sungai ditangguhkan sementara.

“Jika diperlukan kami akan meminta bantuan sahabat dari Pasukan Gerakan Am dan lain-lain untuk penambahan aset termasuk dron,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, beg silang milik bekas komando, Ab Manan Keri, 73, yang dilaporkan hilang ditemui orang awam di Jalan Ismail, malam tadi, tidak jauh dari lokasi majlis jamuan teh yang dihadiri mangsa.

Bekas komando hilang selepas hanyut ke dalam parit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?



 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading