Khairy Jamaluddin masih simpan dendam kepada Tok Mat Hasan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Khairy Jamaluddin masih simpan dendam kepada Tok Mat Hasan

 



Sangat jelas semasa dalam siaran Podcast ‘Keluar Sekejap’, Khairy Jamaluddin masih simpan dendam kepada Tok Mat Hasan?

Khairy berkata demikian bagi mengulas rombakan kabinet yang diumumkan baru-baru ini. Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan. Bagaimanapun, dalam rombakan, Mohamad Hasan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Mat Hasan’ bertukar Kementerian.

Beliau dilantik bagi menggantikan Dato Seri DiRaja Zambry Kadir sebagai Menteri Luar Negeri. Khairy Jamaluddin menyindir pertukaran Tok Mat Hasan dan berkata siapa yang akan menemui Tok Mat di luar negara.

Mungkin Khairy terlupa, beliau kini bukan lagi ahli Umno dan sewajarnya beliau tidak masuk campur urusan Tok Mat Hasan dalam kabinet. Sebagai seorang yang telah dipecat dari Umno, Khairy perlu muhasabah diri mengapa beliau dikenakan tindakan pecat sebelum mahu mengulas perjalanan politik orang lain.



Sebagai ‘Hantu Raya tidak bertuan’ dalam politik, Khairy Jamaluddin perlu merenung kesialapan beliau sendiri dalam politik sebelum mahu menyusun perjalanan politik Ahli Parlimen Rembau.

Khairy perlu sedar, beliau bukanlah seorang ahli politik yang berjaya seolah telah terlalu besar jasanya kepada rakyat khususnya di Rembau.

KHAIRY PERLU SEDAR BELIAU TELAH DI PECAT DARI UMNO

Beliau sewajarnya sedar, beliau tidak perlu menambah musuh politik sedangkan sehingga hari ini Khairy masih tercari platform politik selepas di pecat dari Umno.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sendiri pernah menjadi Menteri Luar selama 8 tahun (1991-1999) dan beliau membuktikan perjalanan politiknya cerah sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri.



Berbeza dengan pencapaian Khairy yang hanya boleh ‘kembang hidung’ sebagai Menteri Belia dan Sukan tanpa pencapaian membanggakan dan sebagai Menteri Kesihatan (kontroversi pembelian vaksin).

Amat berbeza dengan Tok Mat Hasan yang berjaya membuktikan beliau sememangnya seorang ahli politik kerana berjaya membawa perubahan besar dalam Kementerian Pertahanan walau hanya setahun di MINDEF.

Keperibadian Tok Mat Hasan juga menarik perhatian rakyat kerana beliau bukan seorang yang sentiasa mahu menonjolkan diri sepertimana dilakukan bekas ahli parlimen Rembau sebelum ini.

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading