Masih ada pergerakan tanah dekat Jalan Wawasan 3/9

Masih ada pergerakan tanah dekat Jalan Wawasan 3/9

Masih ada pergerakan tanah dekat Jalan Wawasan 3/9
Masih ada pergerakan tanah dekat Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong petang semalam. – Gambar POLIS

SERDANG: Kerja menanam cerucuk besi dan pembaikan cerun di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong di sini diteruskan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, berkata sebanyak 46 cerucuk besi sudah dipasang semalam dan akan disambung hari ini.

“Dilaporkan 46 cerucuk besi telah ditanam dan kerja disambung pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Anbalagan berkata, pemantauan mendapati masih ada pergerakan tanah dikesan berlaku pada petang, semalam.

“Kira-kira jam 3.30 petang semalam, didapati ada pergerakan tanah iaitu simen hadapan pintu pagar beberapa rumah mulai runtuh,” katanya.

Mengenai empat kenderaan yang mengelungsur akibat kejadian itu, malam kelmarin, Anbalagan berkata sebuah daripada sudah berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6 petang, semalam menggunakan kren.

“Kita sudah menutup pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi kerana lapan penghuni daripada satu keluarga yang berpindah sudah pun meninggalkan PPS bekenaan,” katanya.



Beliau berkata, polis bersama beberapa agensi lain yang kini berada di tempat kejadian tanah runtuh terbabit akan terus memantau keadaan.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin disebabkan hujan lebat yang tidak berhenti bermula jam 5.45 petang.

Berikutan itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, di Puchong dekat sini, diarah berpindah atas faktor keselamatan.

Masih ada pergerakan tanah dekat Jalan Wawasan 3/9
Satu daripada empat kenderaan tertimbus akibat kejadian tanah runtuh dikeluarkan menggunakan kren, petang semalam. – Foto POLIS

 



Masih ada pergerakan tanah dekat Jalan Wawasan 3/9

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button