Wanita maut kereta terbabas di Sekinchan, lelaki korban nahas 3 kenderaan
Wanita maut kereta terbabas di Sekinchan, lelaki korban nahas 3 kenderaan
SEKINCHAN: Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya dekat Sungai Nibong, di sini, selepas kereta dinaikinya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penutup longkang simen, kira-kira jam 5.50 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata wanita berusia 40-an meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi penumpang berusia 10 tahun hingga 30-an cedera.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.58 pagi anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penutup longkang simen,” katanya hari ini.
DiĀ TANJONG KARANG, seorang lelaki, Norsyam Nasullah Rahim, 23, maut, manakala lapan cedera dalam nahas tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam, kira-kira jam 10 malam tadi.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan, 10.05 malam sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi.
“Menurut laporan awal, nahas membabitkan Perodua Bezza, Nissan Almera dan Honda City. Semua mangsa cedera dibantu orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi dan memaklumkan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Wanita maut kereta terbabas di Sekinchan, lelaki korban nahas 3 kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara
- Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan?
- Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh