Ibarat ‘bunuh’ karier pemain – Rexy
Ibarat ‘bunuh’ karier pemain – Rexy

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tidak mahu pemain-pemain terlalu dimanjakan kerana ia mungkin memberi kesan kepada ketahanan mental untuk jangka panjang.
Beliau berkata, sekiranya pemain-pemain terus ‘dibelai’ dengan kata-kata pujian meskipun sering menampilkan aksi mengecewakan, ia boleh dianggap seperti ‘membunuh’ karier mereka secara senyap.
“Kadang-kadang orang sering cakap supaya bangkit lebih kuat, tetapi tidak tahulah bagaimana pemain-pemain tafsir perkara itu. Bukan saya tidak suka mengenainya tetapi kadang-kadang pemain perlu dikritik.
“Saya tidak mahu jadi seorang jurulatih seperti ibu bapa yang sering cakap tidak mengapa kepada anak-anak walaupun lakukan perkara tidak baik. Kalau saya buat begitu, sebenarnya saya ‘bunuh’ mereka perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.
Pengendali dari Indonesia itu bagaimanapun tidak menyalahkan netizen yang kerap ‘membelai’ pemain-pemain meskipun mereka sering mencatat keputusan kurang memberangsangkan dalam mana-mana kejohanan.
Walaupun demikian, Rexy tetap mempertahankan pendiriannya untuk bersikap sedikit keras kerana percaya ia mampu mencabar pemain-pemain bagi membuktikan kemampuan sebenar yang ada dalam diri mereka.
“Sampai bila kita nak manjakan? Kenapa boleh kritik jurulatih, tetapi bukan pemain? Kita kritik pemain atas dasar sayang. Saya tidak salahkan netizen, tetapi seperti saya cakap, kadang-kadang perlu keras sedikit.
“Sekiranya peminat sentiasa cakap tidak ada masalah walaupun aksi mengecewakan, mereka akan rasa selesa. Apa yang anda cakap setiap hari, itu yang akan beri kesan kepada mental mereka,” ujarnya.
Ibarat ‘bunuh’ karier pemain – Rexy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik
- Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS
- Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK